Okies mari kita hayati situasi yang aku cuba nak bawakkan kat sini, just kosongkan otak, dan teliti situasi2 ini dan simpulkan berdasarkan kata hati orang yang sedang pose hehe.
(try luang sedikit masa, insyaAllah berguna)
1) Dalam lrt, kita sedang duduk, tiba satu stesen, boarding seorang wanita mengandung dan tiada lagi tempat duduk kosong. Apa kata hati kita ketika itu?
2) Kita duk rumah sewa 4 org. Bulan puasa makan kat rumah masak sendiri ramai2. Satu hari kita balik 30 minit lagi nak berbuka dan seorang housemate tgh masak juadah utk berbuka. Apa kata hati kita ketika itu?
3) Satu pagi kita lepak di halaman ofis tempat kita kerja di mana terdapat byk pokok bunga hiasan, ada bunga merah, kuning, besar kecik dan cantik2 belaka. Tiba2 seorang lelaki sambil2 lalu menyentap setangkai bunga membeleknya, mencebik dan membuangnya. Apa kata hati kita ketika itu?
4) Seorang kontraktor memberikan kita wang supaya kita memberikan projek tertentu kepadanya, sedangkan ada kontraktor lain yang offer lebih baik. Apa kata hati kita ketika itu?
5) Coulleage satu dept kita jumpa kita dan bagitau yang dia dapat pergi training “Meningkatkan Skill pengurusan” tapi kita tidak dicalonkan untuk pergi. Apa kata hati kita ketika itu?
6) Seseorang mengetuk pintu rumah, rupa-rupanya meminta derma ditunjukkan surat pengesahan pertubuhan untuk sumbangan anak2 kecil yang mengidap kanser, leukemia, dan sebagainya. Apa kata hati kita ketika itu?
Okay, aku pasti habis saja korang baca situasi, korang pasti mendapat jawapannya dari hati masing2. Adakah yang terdetik di hati aku ni sama dgn korang, cuba check!
1) “Eh tak patut ni, kesian dia, biarlah aku berdiri pun supaya dia dpt duduk”
2) “Pergilah ke dapur dan Bantu mana yang patut, tanggungjawab kita juga”
3) “Eh, mana bleh main petik je, rosaklah keindahan.. nak kena sound ni...”
4) “Tak baik ni.. rasuah. Aku kena bagi kat yg berhak”
5) “ala.. aku nak pergi juga. So that, aku dapat tahu dan dapat pengetahuan dan jadi pandai."
6) “Bagila sumbangan sikit, mereka lebih memerlukan…”
Amacam, sama kan? Tapi cuba try bayangkan situasi ini pula..
1) Masa dalam LRT tu kita baru lepas kena basuh ngan bos, panas hati tak ingat, geram sangat. Org lain wat salah kita yang kena. Pastu perempuan mengandung tu naik dan takde tempat kosong, kita berpaling darinya supaya tak bertentang mata dan berkata, ah biarlah orang lain yg kasi seat kat dia! Huh, tension.
2) Housemate yang tengah masak tu semalam kita bertekak dgn dia pasal dia suka membebel. Nak tolong ke? Hurmmm.. malaslah, masuk bilik main game pc. Time berbuka makan je lah wat muka takde perasaan.
3) Time tu kita tengah serabut dgn masalah duit, malaslah nak ambik tahu! Lantak dia lah!
4) Gaji kita sebagai jurutera site ciput, hutang banyak. Tak makan bawah, bila nak kaya? Lagipun bukan orang tahu! Kita kata: Ambik jer lah wat isi minyak kete.
5) Tetapi rupanya kita lebih senior sikit, kita kerja kuat juga. Dan kita fikir kita lebih layak untuk pergi training tersebut. Lalu, kita mencebik bibir dan berpaling darinya, jeles!
6) Sebelum tu, kita selalu jumpa pengemis kat kedai2 makan, stesen2 bas. Lantas kita tgk dia dari atas sampai bawah. Mcm takleh caya je, kusam, hitam, kering... Lalu kita kata.. minta maaflah, saya takde duit. Pastu tutup pintu.
Boleh jadi kan?
Jadi kita boleh tahu dan rasa bagaimana situasi emosi kita mengganggu kita daripada bertindak mengikut kata hati. Menyebabkan kita melakukan kesalahan iaitu dosa. Dan tanpa kita sedari lama2, kata hati kita tertutup dan tidak lagi dirasai kerana kebiasaan kita mengabaikannya.
Semua manusia mempunyai kata hati yang sama dan kita namakannya Anggukan Universal, yang menginginkan kebaikan dan kemuliaan. Ini fitrah manusia. Apakah fitrah ini?
Cuba tengok balik situasi pertama, sifat apakah yang terdapat dalam hati kita yang menyuruh kita bertindak ke arah kebaikan:
1) Sifat pengasihani
2) Sifat tanggungjawab
3) Sifat memelihara
4) Sifat Adil
5) Sifat inginkan Ilmu
6) Sifat memberi
Dan dalam situasi kedua, disebabkan emosi kita yang tidak tenang kerana nafsu amarah, ego, jeles, tidak jujur, dan sangka buruk, kita bertindak lain macam pula. Sifat siapakah ini? Ya, sifat kita sendiri!
Jadi sifat mulia siapa pula pada situasi pertama?
“ "Maka apabila Aku (Allah) telah menjadikannya (manusia) sempurna dan meniupkan ke dalamnya Ruh-Ku maka hendaklah kamu (malaikat2) bersungkur dengan bersujud kepadanya"
Surah Shaad, ayat 72.
Masih ingat AsmaulHusna?
1) Ar-Rahman – Maha Mengasihani
2) Al-Wakil – Maha memenuhi amanah
3) Al- Muqiit – Maha memelihara,
4) Al-‘Adlu – Maha Adil
5) Al-Ilmu – Maha berilmu
6) Al-Wahhab – Maha memberi
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut firah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
Surah Ar-Ruum Ayat 30
Masihkah kita menganggap Islam itu sukar? Subhanallah, jernihkan hati.. Bukan mata yang selalu buta, tetapi mata hati.
"Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka merasa, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh! bukanlah matanya yang buta, tetapi hati yang ada di dalam dada."
Surah Al Hajj ayat 46.
"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dan kami tahu apa yg sering dibisik-bisikkan dengannya hatinya/jiwanya, dan kami lebih dekat kepadanya berbanding urat di lehernya sendiri"
Surah Qaff ayat 16
Mengapa kita sering merasakan Allah jauh dari kita lebih2 lagi apabila kita berdosa? Sedangkan Allah sentiasa berdekatan, sentiasa membisikkan ke arah kebaikan. Apabila kita tidak memperdulikan fitrah Allah, lalu kita melakukan dosa, apa lagi alasan untuk kita pertahankan perbuatan kita di hadapan Allah kelak?
Astaghfirullahal’azim.. Bukan mata kita yang buta, tapi hati kita.
Jagalah hati. Bersihkan ia selalu dengan muhasabah diri. Malam2 tgk bintang dan bulan, luaskan pandangan melihat kebesaran penciptaan, tarik nafas panjang2, dan rasakan kehadiran Allah di dalam diri kita.
Dari Abdullah bin Nu'man bin Basyir, beliau mendengar rasulullah berkata ".....Ketahuilah! bagi setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya (dosa). Ketahuilah! bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan HATI"
Riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim
Kem Smart Hafiz
2 days ago
0 comments:
Post a Comment