Friday, June 27, 2008

Sang pencinta proaktif..

Kebelakangan ini suka pula aku bercerita pasal cinta. Beberapa hari lepas aku sibuk mereply di webkl berkenaan topic cinta. Boleh dikatakan masalah-masalah biasa dalam cinta, dan juga expectations girls towards guys.

Aku suka dengan teori perkaitan rupa paras dan dominasi cinta dalam hari-hari remaja. Di mana lelaki/perempuan yg berupa paras kurang menyerlah berbanding rakan2 lain lebih dominan dalam soal cinta dan perasaan terkadang melebih-lebih pula sehingga dicop mat bunga, mat jiwang. Sesungguhnya mereka lebih proaktif dalam bercinta!

"Teringat kisah2 zaman stadi.. :)"

Bagaimana perasaan yg berbunga cuma hasil pertemuan mata yang rambang atau lirikan ke arah senyuman-senyuman gadis yang spontan mampu bercambah hingga berantaian ke bulan! Perasaan remaja yg suka berkhayal akan gelora-gelora dalaman diri, menyulam-nyulam perasaan-perasaan yg "real" dengan fantasi-fantasi filem-filem cinta dan novel-novel cinta sehingga hatinya berkembang dengan naluri-naluri gembira dan mahu menggembirakan.

Dalam pada masa yang sama merasa rendah diri apabila berhadapan dengan cermin lalu memendam semuanya di dalam sekadar utk tersenyum sorang2. Membiarkan diri berada di awangan tanpa dahan untuk berpaut, tanpa bumi untuk berpijak.

"Mereka mempunyai dunia dalaman yg begitu luas dan dunia luar yg begitu sempit" -Introverts personality

Sahabat: Apa pendapatmu tentang cinta?... wahai dokter cinta..

Dokter cinta la sangat. Stephen R Covey mengajar saya akan cinta tanpa bersebab. Memang sukar untuk mendapatkan perasaan cinta tanpa sebab. Tetapi memandangkan hujjahnya yang menarik dan realistik, saya percaya di depan saya terdapat satu pintu untuk saya buka. Namun sampai sekarang masih tidak mampu.

Cinta mestilah difahami sebagai kata kerja, perbuatan mencintai untuk menghasilkan perasaan cinta. Yang selama ini saya merasakan seperti sebaliknya iaitu perasaan memacu perbuatan.

Seperti ayam dan telur, right?

Sahabat: Ayam dan telur? Jadi, penyelesaiannya bagaimana?

Jadilah pencinta yg proaktif!

Manusia dibina oleh bahan dan asas yg sama, meskipun rupa bentuk, perangai, dan asal keturunan yg berbeza, tetapi asas kepada manusia yg berbentuk itu sama saja, iaitu ruh. Anggota yg paling dekat dengan ruh ialah hati! Walau byknya manusia, berbedanya mereka, jauhnya mereka bertebaran, hakikatnya mereka adalah satu, sama, dan serupa.

"What is most personal is most general"- Carl Rogers.

Rupa paras mudah dibaca dan menipu, hati sukar untuk dibaca dan takkan menipu.

Jadi, usahalah untuk menajamkan deria cinta. Deria yg digunakan untuk memilih pasangan seperti singa betina menghidu jebat singa jantan di angin lalu.

Ramai yg mencari-cari pasangan berdasarkan senarai ciri-ciri tertentu mencipta keinginan hati yg mahu dipenuhi. Tetapi adakah deriamu setajam hidung sang singa betina? Usah bermimpilah. Berapa ramai pencinta yg menderita makan hati setiap hari semata-mata kerana setia kepada kekasih yg berperangai seperti hantu, lantaran deria tumpul yang mencipta persepsi yang terpesong dari hakikat ketika pertama kali bersuai-kenal. Awasi kata-kata lelaki yg manis dan rupa wanita yg menipu.

"Jadi jangan mencari-cari pasangan anda di dalam semak, tetapi tonjolkan diri anda melepasi semak-samun tersebut. Anda akan mampu dilihat dari jauh."


Sahabat: Apsal main2 dalam semak plak ni, cubala citer bagaimana caranya menjadi pencinta yg proaktif?

Proaktif = Inside out. Hiasi dunia dalaman diri, sebelum bersosial untuk menghiasi dunia luaran. Jangan terlalu memilih pasangan berdasarkan ciri-ciri yg ada di hati. Kerana persepsi itu mampu menipu. Untuk memiliki hidung sang singa betina, tajamkan mata hati. Tingkatkan sahsiah diri, tumpukan perhatian pada diri sendiri, jangan terlalu suka menilai org dan jatuh hati. Perasaanmu mungkin menipu kerana kelemahan deriamu. Biar mereka yg jatuh hati padamu, dan deriamu yg tangkas mampu memberitahumu siapa yg sebetulnya cinta, dan siapa yg cuma mengikut nafsu semata.

Dan jika kamu terpesona akan rupanya, segaknya. Kamu mampu bertenang kerana kamu sedar akan hakikat dunia yang seringkali tidak selari dengan hakikat nilai hakiki, akhirat. Kamu mampu berdiri di luar pengaruh nafsu, pengaruh minda dan pengaruh emosi yang cuba menguasai. Dan di saat perempuan-perempuan/lelaki-lelaki yang singkat akalnya tergedik-gedik lantaran terpesona akan kata-kata/rupa lelaki/perempuan yg manis, kamu mampu tersenyum mengekstrapolasi kata-kata/mimik rupa itu hingga ke dasar hati sang lelaki/perempuan.

"Peribadi yg terbaik itu, pasangannya dari kalangan yg terbaik juga"

Sahabat: Kalau tidak berjaya memiliki cinta juga?

Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan memikirkan dunia adalah segalanya. Keinginan kamu mahu memiliki apa saja yg menghiburkan akan meresahkan hati apabila tidak dipenuhi. Hati yg resah cuma akan merugikan, menggelapkan yg terang, memburukkan yg elok. Jadi tenangkan hati kamu, usah terlalu berkeinginan untuk dihiburkan dunia. Hiburkan diri dengan vision2 yg positif, berkerjalah dengan kerja2 yg konstruktif dan universal (utk semua), taburlah saham untuk kutip kat sana kelak. Bersangka baiklah dengan akhirat, dengan Allah yg bakal kita jumpa kat sana.

Jangan terlalu rendah diri dengan kekurangan diri, bukan kita yg bertanggungjawab mengukir jasad ini sebelum diberi. Allah menentukan rezeki masing-masing, adakah kita mampu sabar atau syukur.

"Hidup ini kejap je, janganlah satu kehilangan menyebabkan kita kehilangan semuanya, see everything from positive angle"


Sahabat: Ramai sangat cinta?

"Usahlah mencoba-coba mengorek lubang-lubang berbeda yang akhirnya sia-sia, koreklah lubang yg satu sepenuh masa dan tenaga hingga mencapai dasarnya"
Be sharp to choose the hole, to be in the hole not to be fallen into, and to dig it down far to the deepest. Other attractive holes are illusions.

Be sharp to choose the love, to be in the love not to fall in love, and to work it out till its end values. While, other loves are illusions.

Cinta yg kekal bersandar pada nilai yg kekal, nilai yg kekal berada di luar lingkup ruang-masa yg fana. Cintailah dia kerana Allah. InsyaAllah cinta itu akan membawamu ke syurga.

5 comments:

Afida Anuar said... "

Hmm..Bab cinta lagi...

Susahnye nak komen. But i just did:)

Like what Aisyah just shouted out,

"Hidup ini cuma sementara, janganlah satu kehilangan menyebabkan kita kehilangan semuanya".. love this quote..

Apa pendapat Incik Kayree tentang cinta sebelum kahwin? boleh dak nak tau?huhu..

kay said... "

According to the Quran, love is to be shown to those who deserve it. Those who do not deserve it are not to be loved. We are even to distance ourselves from the emotionally, or at least, to not feel inclined towards them. But those who deserve love deserve it because of their virtue. The only being who deserves absolute love is God, who created us all. God brought us into existence; proffered us with countless blessings we enjoy, showed us the way, and promised us everlasting paradise. He helps us out of every anxiety and graciously hears our every call. It is He who feeds us until we are satisfied, cures us when we are ill and then restores our spirit.
Yahya Harun, Romanticism: A Weapon of Satan, pg 14
(petikan dr novel 5 TAHUN 5 BULAN - HLOVATE?

Al-BIMA SAKTI said... "

salam kenal;
salam;

cinta enak dibicara
cinta lagi enak dirasa.

cinta itu bercahaya
cinta itu berbuah makna
cinta sebenarnya syurga.

cinta juga terluka
cinta juga sengsara
cinta juga nestapa
cinta juga neraka...

Khairi said... "

Wah..

nice one kay and bima sakti..

afida.. sorry semalam kwn sy yg approvekan komens, xtau lak dia tak approvekan awk nyer..

cinta sbl kawin? ok jer.. :D as long as within control and limitations..

Afida Anuar said... "

Owhh cam tu ka? It's ok..

Ingtkan komen dr sy dah kene banned..hahaha

Post a Comment

Recent comments