Wednesday, July 2, 2008

Watch out your mind

"Mind evolves.. The world right now is developed by compulsive mind, mind who doesn't want to live and die merely."

Hidup kita yang dipacu minda seperti minum air laut, diminum untuk menambah dahaga. Minda yang bermaharajalela adalah nafsu.

Keinginan itu seperti karung besar yang kita sediakan untuk diisi. Maka menggelabahlah kita sehari-hari berkeliaran di sekitar karung keinginan itu mencari-cari sesuatu dan upaya untuk mengisi.. dan mengisi..

Lalu kita runsing.. Besok, apa yg perlu diisi lagi? Sudah penuhkah ia? Ayuh besarkan lagi..

Maka runsinglah lagi kita untuk mengisi dan terus mengisi. Sampai buncit perutnya. Botak kepalanya.

Apa yg telah ada di dalamnya? Pedulikan.. carilah apa yg tiada lagi di dalamnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sehari sebelum kesakitan jasad memuncak menunggu panggilan Izrael, termenunglah dia setiap detik..

"Ke mana masaku semasa aku muda, sihat dan kaya?"

"Aku mengisikannya untuk terus kaya"

"Dan aku risau memikirkan kekayaan yg bertambahnya sedikit berbanding pertambahan lepas"

"Dan aku masih kaya"

"Besok aku akan mati sebagai org kaya"

Tapi..

"Mengapa jiwaku kosong?"

"Aku terasa seperti ingin memasuki bilik mesyuarat tanpa sebarang dokumen atau motif, tanpa mengenali ahli-ahli mesyuarat yg lain"

"Apakah aku hidup selama ini untuk merasai perasaan saat ini?"

Dan menitislah air matanya..

Aku rindukan sinar matahari yg memancar. Bayu pagi yg menyejukkan. Hilai tawa isteri yg menghiburkan. Kegembiraan saat pertama mengecap kekayaan, bukan kekayaan seterusnya yg diisi dengan kerunsingan.

Detik itu telah aku tinggalkan untuk mengisi karung keinginanku sehari-hari.

Mengapa karung itu perlu ada?

Siapa yg menciptanya? Siapa yg dirugikannya?

Ya, aku sendiri!

"Bahkan mereka ramai tetapi mereka dihinggapi satu penyakit iaitu, cintakan dunia, takutkan mati" - Hadith.


Masuklah ke dalam karung tu.. sementara masih ada masa untuk menikmatinya. Ciumlah anak-anakmu, peluklah seeratnya isterimu, nikmatilah juadah pagimu.

Lakukan itu semua dengan 100% kehadiran perasaan.

Berjuanglah untuk mempertahankannya, mempertahankan keharmonian umatmu. Itulah tugasmu. Dan akhirat akan memandangmu dengan penghormatan yg tinggi.

Kita bukan berjuang untuk mempertahankan agama, tetapi kita berjuang dengan agama sebagai perisai dan senjata, untuk mengembalikan senyuman di wajah sekalian manusia.


Back to main page

1 comments:

Afida Anuar said... "

Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

WaAllahualam
Happy writing!

Recent comments

Sudut Karya Tukang Post


1. [Bintang-bintang ke Syurga]


Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punyai apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punyai segala-galanya? Atau anak miskin layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu apa maknanya sekufu?

A love story come with great motivation values. This novel was published in July 2009 by Jemari Seni Publishing. ~ Xarine




2. [Alexander Al-Mansuri]


Siapakah Alexander Al-Mansuri?


Novel ini adalah percubaan pertama saya menulis kisah thriller saspens.
Kisah bermula dengan misteri pembunuhan keluarga Iskandar, satu persatu konflik timbul sehingga membawa Azmi, Zamsari, Riduan dan Amsyar ke satu dunia gelap.
Ianya satu cabaran kepada fikiran, namun untuk terus hidup, mereka harus percaya!


"...dah baca selai..nak baca 2 helai..kesudahan nya sampai le 83 helai..so u know what i mean.." - Eni.

"penulis taknak sambung ke cite ni hah...best la...jarang ada cite fiksyen yang mengasyikkan dan real mcm ni" - Yaya.

"I love your novel." - Cousin.

"Citer ni lain dari yang lain." - Zafiqa.

You will not find the kind of writing of Bintang-bintang ke Syurga in this online novel. This is totally different genre! It was a huge challenge to finish this manuscript. ~ Xarine




3. [Kisah Maisara]


Maisara adalah kisah silam yang menghantui Lokman untuk menentukan masa depannya. Apatah lagi wajah Arief sangat mirip dengan Maisara, ibunya.

Kampung itu yang penuh najis dengki, dendam, khianat dan perbalahan telah membunuh Maisara.
Dan kini Lokman perlu membawa Arief kembali ke kampung itu? Itu satu perkara gila yang perlu dia lakukan.

This current work is updated weekly. Reviewed and rewriten will be seen frequently. There are off-record stories for online readers. ~ Xarine.