Friday, September 19, 2008

Jangan Marah!

Janganlah hati diresahkan oleh keinginan pada yg tiada. Keresahan ini mengurangkan kenikmatan sesuatu yg sudah dipunyai. Bersyukurlah sementara masa untuknya masih ada, kerana esok sentiasa menjadi rahsia, biarkan ia. Lidah itu sukar merasa dengan akal yg sibuk mengira hari esok. 

Jangan marah. Jangan marah. Dan jangan marah. Marah itu senjata nafsu dan syaitan bila digunakan tanpa hati yg berserah (Islam). Libasan pedangmu mestilah berseni dan tepat bukan amukan semberono. Begitu juga dengan marah. 

Berilah kefahaman kepada anak-anak. Marahilah seadanya pada yg belum mampu mengerti menggunakan aqal. Supaya terkesan di hatinya dahulu, dilogikkan kemudiannya. Dan marah itu mestilah berseni, tepat pada tempat, masa dan caranya. 

Jadikan dirimu disayangi dan dihormati sebelum memarahi. Dimarahi oleh org yg dibenci mencetus emosi negatif dan pemberontakan. Dimarahi oleh org yg disayangi dan dihormati mencetus emosi positif dan terarah ke arah menilai diri. Milikilah akhlak contoh, akhlakmu akan bercakap bagi pihakmu. 

Kenali emosi diri. Puasa memperlahankan tenaga di dalam darah lalu hatimu mudah tersentuh. Ambil kesempatan ini untuk mengenal sifat-sifat emosi diri. Perhatikan pergerakan-pergerakan darahmu di mana punca ia membuak. Jgn bertindak melulu, kenalinya, kawal dan senyum. Orang yg paling perkasa ialah mereka yg mampu mengawal dan mengurus perasaan marahnya. 

Islam itu cara. Kebahagiaan seluruh manusia itu matlamat. Tiada paksaan di dalam memeluk Islam. Kerana tiada guna mereka memeluk Islam dalam keadaan mereka tidak bahagia. Letakkan cara dan matlamat pada tempatnya, nescaya akan jelas jalannya utk kamu lalui. InsyaAllah.

2 comments:

Tirana said... "

Marah adalah perasaan yang memang ada dalam diri setiap insan. Marah kadang-kadang boleh jadi negatif bila dia dikawal oleh nafsu dan boleh jadi positif bila dikawal oleh akal dan iman.

Cindai said... "

Kembali pada pencipta. Setiap kejadian ada hikmahNya....

Post a Comment

Recent comments