Tuesday, October 7, 2008

Harga sebuah penciptaan

Sering saja manusia merasakan dirinya unik dan kepentingan dirinya berada di atas semua kepentingan manusia lainnya. Lantas senang saja dia bersikap pentingkan diri sendiri, malah sehingga sanggup menafikan hak manusia lain demi untuk menikmati sesuatu yg bukan haknya.

Marilah kita memanusiakan manusia lainnya. Melihat orang disekeliling seperti diri sendiri, berkemahuan seperti diri sendiri, dan mempunyai kelemahan seperti diri sendiri. Seharusnya kita mengerti dan mampu memahami hakikat ini dan mencintai mereka seperti kita mencintai diri kita sendiri.

Kerana itu janganlah menganiaya orang lain, terjadinya penganiayaan tatkala pandangan kita melihat saudara sesama insan seperti “barang”, bukan manusia. Memperlakukan mereka tanpa hak, demi kepentingan diri sendiri. Kerana itu terjadinya pemilik “hati” yang diduduki ruh Ilahi menyakiti “hati-hati” yg selainnya, merompak haknya, menyakiti fisikalnya, dan memarahinya dengan keterlaluan serta kasar bahasanya.

Mungkin kelemahannya mengjengkelkan, tetapi bukankah dirimu juga mempunyai kelemahan barang sedikit? Sukakah kamu andai kamu dimarahi lantaran kelemahanmu itu dengan cara yg cukup menyakitkan hati?

Manusia diciptakan Tuhan dengan pelbagai “program mula” yang tersedia di dalam benak dan hatinya (lantaran warisan keturunannya dan takdir yg tertulis sudah kering dakwatnya) meski dipacu oleh ruh Ilahi yg berkeinginan dan berprinsip yg sama. Maka hormatilah pemberian tuhan itu, usah disakitkan hatinya secara batil. Carilah lubang-lubang pemahaman di mindanya dengan tekun dan sabar, dan tajamkan kebijaksanaan ketika meninggikan suara untuk menarik perhatian dan mengetuk tembok kelalaian di lubang telinganya.

Subhanallah, sungguh kejadian Allah sempurna dan baik-baik belaka meskipun kesakitan yang menggerunkan di saat kematian. Terciptanya kesakitan itu kerana minda yang terlalu inginkan keenakan. Kamu harus meyakinkan hati kamu bahawa minda selalu sahaja menipu. Melihat dan memperbandingkan. Lalu menginginkan keenakkan nafsu tanpa jelas penglihatan kamu melihat keseluruhan kejadian alam, perkara-perkara dibelakangnya, dan tujuan asal penciptaannya.

Dimindamu cuma dirimu.

Carilah pengertian cinta yang tidak dicacatkan pengertiannya oleh definisi kebencian. Seharusnya kamu sedar bahawa benci itu bukan kerana tiada cinta, tetapi gelojak minda yg ingin memiliki cinta yg tidak mampu dimiliki. Hakikatnya, cinta itu tiada sebaliknya. Penciptaan ini tiada pasangan yg buruknya, tetapi minda kamu yg menciptakannya sendiri. Semua yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari diri kamu sendiri, tetapi tidak ramai yg menyedari.

Penciptaan ini tiada satu pun dicipta dek kebetulan, hatta sebutir pasir takkan berada di celah seutas akar di antara akar-akar sebatang pokok di antara pokok-pokok di hutan belantara yg maha luas tanpa perkiraan yg telah siap ditulis sebelum terdetiknya masa.

Jangan menghindarkan diri dari senyum dan bergelak ketawa di saat fikiran terlalu serius dengan permasalahan dunia malahan akhirat yg berat, dan jangan pula menghindarkan diri dari keseriusan berfikir di saat kamu berseronok di dalam gelak ketawa yang menghiburkan. Kehidupan ini diciptakan sedemikian rupa untuk kita bermain-main berlumba-lumba mengumpul harta dan anak pinak sehingga waktu yg ditetapkan, dihujungkan terhidang syurga dan NERAKA. Permainan apakah ini? Berat sekali natijahnya untuk dipermainkan.

Senyumlah kerana kamu berada di dunia yg indah ini percuma pemberian Allah walaupun seburuk dan semiskin mana takdirmu. Semua kita akan kembali ke sana dan berbual-bual mengenai dunia sedikit sahaja berbanding yang sedia terbuka di depan mata, dan rahsia itu cukup besar berbaloi dengan harga sebuah penciptaan!

Maka lihatlah di sekelilingmu dan hiruplah udara sepanjangnya, siapakah Tuhan? Dirimu sendiri atau Tuhanmu?

5 comments:

Afida Anuar said... "

Welkam bek...
salam aidilfitri..
woww...semua sedondon pakai baju raya...hepy tengok:D

"Kehidupan ini diciptakan sedemikian rupa untuk kita bermain-main berlumba-lumba mengumpul harta dan anak pinak sehingga waktu yg ditetapkan, dihujungkan terhidang syurga dan NERAKA. Permainan apakah ini? Berat sekali natijahnya untuk dipermainkan"

balik raya, alhamdulillah mata dihidangkan dengan entry spt ini. Buat hati tersedu. Buat diri berfikir... natijahnya mmg berat untuk dipikul apatah lagi oleh seorang manusia yang lemah ini..

p/s: klu buat open house jangan lupe jemput..gagagaga

Khairi said... "

awk buat dulu fida hehe..

InsyaAllah, kalau ada rezeki, kita tunggu kay datang sini la :)

Afida Anuar said... "

sy buat dulu ek.. kuih raya pun dah habis, camne nk buat open house... gagagaga..

itu la..kay pulok yg jauh.. sy pn tunggu kay mai cni gok... best nye kay kat kampung lagi....

kad0k. said... "

salam bro..im the last who knows la..haihhh...congratulation on ur wed...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

Khairini said... "

insyaAllah 11hb ke shah alam.. ada kelas ptg tuh... start tmpt baru 13hb insyaAllah..

nak start umah sapa dulu?? bakal housemate ckp nak buat open house 18hb... TBC la... nnt kompem semula... sbb ada kelas kot..

Post a Comment

Recent comments