Suatu hari di jalan raya. Saya di sebelah rakan saya yang sedang memandu. Ketika itu, saya sedang menikmati jajan dan menghulurkan kepada si pemandu agar boleh menghilangkan kantuknya. Kereta waja ini kokpitnya luas juga.
Dia menghulurkan tangan kanannya meraba-raba jajan di dalam perut plastik. Right hand drive, anda tentu boleh bayangkan postur dan keadaannya ketika memandu itu. Tumpuannya sedikit goyah tetapi masih di dalam kawalan.
Saya biarkan.
Kali kedua, saya bersuara.
"Kau ambik jajan ni pakai tangan kanan aku nampak kekok sangat dan bahaya. Mengapa tidak gunakan tangan kiri saja untuk makan?"
"Makan mesti dengan tangan kanan!"
"Walaupun tumpuan kau di steering menjadi goyah?"
"InsyaAllah aku yakin boleh mengawalnya."
"Boleh, tetapi kebarangkalian untuk kemalangan sudah sedikit meninggi, bukan?"
"Ah, sedikit saja."
"Kau membahayakan nyawa tiga rakan kau termasuk nyawa kau sendiri hanya kerana kau berkeras mahu makan menggunakan tangan kanan yang hukumnya sunat?"
"..."
"Kawan, keselamatan kami ada di tangan kau. Wajib kau menjaganya. Maka wajib kau buat apa saja asal kau tidak mengantuk. Pasang lagu, kunyah sesuatu, begitu. Sekarang kau sudah makan keropok ini untuk hilangkan mengantuk, cuma caranya salah, prioritinya tidak kena bahkan boleh menambah kecelakaan pula. Apa jijik benar tangan kiri itu untuk digunakan untuk makan? Jijiknya mungkin kerana kau tidak membasuhnya sebaik mungkin selepas usai 'kerja'nya? Kalau tangan kiri kau ada wajah di ketika ini kau boleh lihat air matanya berjejeran. Jangan kerana perkara sunat, kau menjatuhkan maruahnya, dan kau membahayakan nyawa kita semua!"
Beberapa kesedihan saya:
- Sunat jumaatnya hebat, isi khutbah hancur. Masjid-masjid itu seperti buku lima lima berkulit keras diperbuat daripada emas.
- Yahudi berperang menentang musuh, muslim berperang sesama muslim kerana berbalah semut yang berada di laluan Nabi Sulaiman a.s itu jantan atau betina.
- Mahu mencegah maksiat, tetapi aib saudara tidak dijaga.
- Kita terlalu sibuk melihat kekurangan orang sampai tidak terlihat kelemahan sendiri. Sibuk meladeni yang ada di kepala (perkara jauh: cuaca, kesilapan orang, hal urusan negara dll) , perkara penting di tangan (perkara dekat: kemasan diri, tanggungjawab, kerja, anak, isteri dll) terabaikan.
- Terlalu jumud dengan kaedah bawaan ilmuwan lampau walaupun kelihatan janggal di mata kebanyakan. Baginya, apa yang 'difikirkan' betul itu sememang hakikatnya betul walaupun anehnya membawa fitnah kepada diri dan agama.
- Konfius dengan niat dan cara, tujuan dan kaedah. Bersalaman lelaki dan perempuan itu tidak boleh kerana diyakini boleh membangkitkan nafsu setan yang boleh merosakkan hidup manusia lain. Secara alamiah, naluri atau semulajadi sifat manusia, yang tidak membangkitkan nafsu boleh jadi terdiri daripada golongan tua, budak kecil, atau situasi darurat. Maka sesuai dengan tujuan akhirnya, bersalaman sesama lelaki pun haram kalau itu boleh membangkitkan nafsu (boleh jadi pondan, gay). Bahkan, sinisnya, kalau menggosok kepala kucing boleh menaikkan nafsu berahi setan seseorang, maka menggosok kepala kucing pun haram baginya. Jadi, kaedah dan tujuan perlu jelas. Tujuan perlu jelas. Jangan terlalu terikat dengan kaedah hingga tujuan terjejas. Sudah tentu jangan dibiarkan seorang perempuan lemas kerana takut berdosa memaut tangannya ke darat. Ini cuma satu contoh ringkas. Banyak lagi kalau boleh diperhatikan.
- Terlalu banyak bercakap, kurang pula mendengar (mendengar: membaca, melihat dan mendengar dengan intuisi) dan berfikir.
Please, put first thing first.
Recommend: Fiqh Al-Auliyaat tulisan Yusuf Qhardawi, 7 habits of Effective people.
1 comments:
Dalam keadaan2 tertentu, kita ni keliru yang mana yang sunat dan yang mana yang wajib. Kadang2 perkara yang sunat boleh jadi wajib dalam keadaan tertentu dan boleh jadi haram pada keadaan2 yang lain pula. Hanya orang yang berilmu saja yang mampu meletakkan hukum pada tempatnya..
Post a Comment