Monday, January 12, 2009

Penyakit Mulut Dan Telinga

Saya membawa perkara yang sudah diketahui. Mungkin akan ada 'Owh' di hati anda apabila membaca. Saya cuma menyusun apa yang anda sudah ketahui di dalam bentuk kata, dengan maksud mencipta satu imej di minda anda, dengan itu anda mampu meneroka konteks sekitar konteks sedia ada. InsyaAllah.



Satu fungsi:

Y = F(X),

Di dalam ilmu matematik, ada pelbagai:

Quadratik: f(x) = ax^2 + bx + c

Linear: f(x) = mx + c

Sinusoidal: f(x) = A sin (wx+ teta)

Tetapi di sini untuk ilmu alam diri kira ringkasnya begini:

F (X) = Y

Y = Tindakan.

X = Lima deria.

Cth: F (Ax + Bx + C ) = Membebel.

A = Otak, B = Hati, C = Mulut.

Hati (B) cik Kiah yang membengkak kerana gosip (x) suaminya. Ditambah dengan singkat akalnya (A) , otot mulutnya (C) dikerah gesit sempurnakan kata. Hasilnya bebelan (Y).

Kalau dalam industri perniagaan air tebu, F = mesin tebu, x = batang tebu, Y = air tebu.

Semakin manusia meningkat dewasa, F semakin kompleks. Maka, Y akan menjadi semakin matang, berisi, dan berfaedah; juga boleh jadi sebaliknya.

Juga, semakin kompleks F, semakin sukar memasukkan x ke dalam F, maka hasilan Y akan tegar dan jumud menjadi stereotaip.

F (x) = Y

Maka fungsi ini akan menjurus dan meruncing kepada satu titik stereotaip yang dijana di akhir persamaan F, persamaan yang sudah berkarat, yang kusut-masai, keras, jumud, dan tertutup.

Kalau F untuk industri perniagaan air tebu ialah mesin tebu,

F untuk alam dalam diri adalah anugerah kejadian manusia yakni Ruh (SQ), Jasad (PQ), Otak (IQ), dan Hati (EQ). Sumber hidup yang mengkamirkan, mendarabkan, atau mensesarkan x iaitu persepsi-persepsi yang terkesan oleh deria yang lima, mata, lidah, telinga, kulit, dan hidung untuk menghasilkan Y iaitu sebarang bentuk tindakan, yang tolol mahupun yang pintar.

Diulangi. Semakin kompleks F, semakin sukar memasukkan x ke dalam F, maka hasilan Y akan tegar, jumud menjadi stereotaip.

Mengajar orang tua lebih sukar daripada mengajar budak-budak. Kadang-kadang kita pula dituduh kurang ajar kerana;

F kita menjurus ke utara Y,

F orang tua tersebut menjurus ke selatan Y.

Ok, cuba kecilkan skop bicara, saya wakilkan x kepada apa-apa yang tertangkap telinga, dan y kepada apa-apa yang terucap mulut.

Politikus kedai kopi banyak yang transparen, dia dengar, dia cakap. Betul atau tidak, otak dia begitu transparen atau kasar bahasa, kosong yang kusut. Andai dibantah, berapi-api kepalanya, berasap telinganya lantaran sempit F-nya.

Akan timbul penyakit mulut dan telinga, mulut yang lancang dan telinga yang tuli.

Orang fizikalnya tuli lebih baik dari orang yang tuli pada istilah yakni orang yang mendengar bukan dengan telinga tetapi dengan mulut , atau lebih sopan di dalam bentuk peribahasa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dia mendengar dengan mulut. Iaitu apa-apa yang didengarinya dan digemari untuk diucapkan oleh mulutnya nanti akan terlekat di kepala, yang tidak digemari pula akan melantun kembali ke udara. Dia mendengar cuma untuk itu, untuk membenarkan kepala sendiri, bukan memeriksanya.

Mulutnya pula lancang ya ampun.

Manusia tanpa penyakit telinga dan mulut senang diajar. Mengajar matematik kepada budak belasan tahun menyeronokkan.

Sedang yang sudah dihinggap penyakit ini? Ya Rabbi. Sukar!

Bagaimana mahu mengajar orang pekak cara mendengar?

Bagaimana mahu mengajar orang buta cara melihat?

Marilah muhasabah untuk meneliti diri. Saya sendiri amat lemah dalam hal ini.

Sebelum anak-anak membesar, ajarkan mereka untuk mendengar dan bercakap dengan betul. Apa saja method mengajar, yang paling bagus adalah 'modeling'.

Maka, untuk mengajar anak anda mendengari anda, anda terlebih dahulu perlu mendengari beliau. Apabila anda meleteri beliau berdasarkan konteks beliau yang anda dengari tadi, anda sudah mengajarnya bagaimana cara bercakap dengan bijaksana kerana ketepatan konteks kata yang anda pilih akan dirasai oleh hati beliau.

Apabila manusia membesar tanpa pendidikan mulut dan telinga. Gelap segala. Kerasnya seperti batu. Apa yang kita cakap, melantun handred persen.

Biarkan F itu terbuka untuk muhasabah. Banyakkan x, nilaikan x sesempurna mungkin. Kurangkan produksyen y dekat mulut, maka akan tinggi 'yield'nya untuk mulut. Mulut yang efisien, katanya didengari. Hasilkan y yang paling cemerlang di dalam bentuk objek, benda, atau sesuatu. InsyaAllah.

yield = (peratusan produk gagal/peratusan produk baik, atau 'sigma' cth: six sigma)

5 comments:

Afida Anuar said... "

Labels dah light, tp sy terpaksa baca 2 kali tuk nak lebih faham. mebe terkonpius dengan X, Y, F(X).uhuh..

dah lama tak baca entry awak yang sebegini rupa..heeeee

Khairi said... "

bebelit he he.

dah edit siket. :p

Geneticthylon said... "

satu entri yang menarik.. tapi tu laa f x y f pastu x semula... thehehe.. kenangan bersama cikgu matematik di sekolah menengah kembali berputar... ades...

"ni soalan ni kenapa awak skip?!"

Pang!!

pembaris panjang di hentak kat meja aku... pernah beberapa kali hinggap di tangan aku...

soalan lazim aku selalu dengar sbb aku selalu skip soalan yg berbentuk quadratik... linear tu semua...

tapi hasil kena dera ngan cikgu lah aku mampu buat apa yg aku buat pada hari ni.

Anonymous said... "

Benar bro, kerana itu, kerana pembaris cikgu. kita adalah apa yang kita ada sekarang.

baca star tadi. out of 300++ rape case kat kedah, 180++ adalah kes 'rela' girls berumur 12-16 thn, seks dengan boyfriend, katanya star. So, could we blame the teacher?

sad.

Tirana said... "

hehehe..fida..samalah kita..baca sekali tak boleh pick up..kena baca berulangkali sambil tangan menulis kembali f, x, y...piuhhhh..dah lama tak praktis maths..otak beku..hehehe..

p/s khairi..novel tu sikit lagi nak habis baca..sabar ye..

Post a Comment

Recent comments