Adaptasi dari kisah sebenar rakan, Fakhruzzaman (bukan nama sebenar), yang setiap hari menggunakan komuter ulang alik kerja. Walaupun kerap sekali gerabak-gerabak 'sardin' itu bermasalah, akan tetapi, bagi Fakhruzzaman, (selepas ini akan dipanggil Zaman saja), masalah yang paling berat baginya adalah... jodoh!
Kerja bagus, jurutera. Rumah dah ada. Kereta ada. Tapi awek tak ada. Umurnya pula sudah mencecah...
"Kau dah 29 Zaman," maknya berleter di dalam tajuk biasa, "dah tua tapi tak laku. Muko bukan tak ensem, adalah sikit2 iras abah kau, tapi apesal sampai la ni sorang awek pun takde?"
"Ntahla mak," ada keluhan kecil keluar dari hidung Zaman, "jodoh di tangan Tuhan mak."
"Senang ko cakap man, jodoh tangan Tuhan..." Hajah Monaliza terkesiap dengan paradigma salah anak jantannya, nadanya mulai meninggi, "haa... rezeki pun di tangan Tuhan ko tau, sat gi ko tak payah balik Kolumpo, tak payah keje, ko semayang aje kat kampung ni. Doa byk2.." Dia makin ligat menenyeh-nenyeh sirih gambir ke gigi kapaknya. Ekspresi orang tua yang sedang marah meluap-luap.
"Ish mak ni..." Zaman mengisar dan mengalihkan punggungnya yg berasap, mencari lantai yang lebih sejuk di beranda kayu itu. Balik kampung untuk meringankan otak, melihat alam hijau. Tapi masalah ini pula timbul. Haih.
"Ni... mak ada cadangan..." nada Hajah Monaliza kembali normal, "anak pak Mail tu dah besar pjg kau tau Man.."
"Yang mana mak?"
"Si Siti Maisarah tu..." Wajah maknya serius. Tetapi berseri-seri.
Ah sudah, mak ada calon baru! Cepat cari idea untuk menepis... bersilat patah kata dengan mak. Tapi, siapa itu... "Siti Maisarah?" Zaman memperlihatkan muka ayam berak kapur, muka blur. "Anak pak Mail yang mana satu tu mak?" Anak pak Mail ada tiga belas kesemuanya.
"Alah adik pada Pe'ah kawan sekolah kau tu."
"Oo..." Ces, si Pe'ah (Siti Saffiah) tomboi kampung dusun itu ada adik perempuan rupanya. Peah tu... kalau betul2 perempuan... cantik juga. Tapi...
"Ha la.. Peah yang nak langgar kau dengan kubota bapak dia tu." Hajah Monaliza menelan sirehnya. Nikmat betul. Dengan wajah penuh nikmat itu dia ketawakan Zaman. "Huhuhu... Tapi kan Man, walaupun kakak dia si Pe'ah tu ganas semacam, tapi adik dia si Sarah tu mak tengok bagus, rajin dan lemah lembut bila bercakap dengan orang tua. Mmg mak berkenan la Man... bla bla.. manis...bla.. bla... lesung pipit... bla.. blaa... 34 28 32... bla.. takde jerawat.... bla.. bla..."
Maknya bercakap bersungguh-sungguh, tapi sorang2. Zaman larut merenung pokok gajus di laman rumah. Telinganya temporarily disabled. Kerana renungan itu tembus jauh ke 10 thn lampau. Melihat dirinya sendiri terkial-kial mengelak kubota Pe'ah. Zaman tersenyum sendirian. Aku bukan sengaja nak sepak kambing kau Pe'ah. Kambing kau yang nak sondol aku dulu. Kambing kau... dan tuan dia... sama saja!
"Heh. Man. Ko dengar tak apa mak cakap ni?!"
"Eh..." Zaman tersedar, "Ah ye mak... Pe'ah tu mmg ganas mak!"
Pokok gajus sudah hilang dari pandangan. Muka mencuka maknya kini pula ada. "Pe'ah tengkorak kau Man, adik dia la adik dia..."
"Ye mak adik dia... adik dia... Siti Sarah tu kan." Zaman sengih. Mak masa muda dulu mesti lebih ganas daripada Pe'ah kan. Macam mana la abah boleh sangkut.
"Siti Maisarah lah... mak ingat," Hajah Monaliza pula merenung pokok gajus, kalau pokok itu ada muka seperti manusia, pasti sudah tersipu-sipu ditenung begitu bergilir-gilir, " kira jadi la ye Man."
"Eh... aaa..." Zaman hilang kata-kata. Lidahnya terasa seperti dikepit pengepit baju seberat satu tan. "Tapi mak..."
"Sudah lah ko Man, susah sangat... biar mak buat keputusan... Muktamad."
Zaman melihat maknya bangkit terus ke dapur. Zaman menelan liur. Terasa kelat.
Tapi mak... Zaman dah ada calon sendiri... cuma tak pasti. Kerana, Zaman cuma pernah melihatnya sekali, di atas...
Komuter.
Apa? Zaman... kau memang sudah gila!
bersambung...
Kem Smart Hafiz
2 days ago
6 comments:
Hehehe...lucu pulak cerpen ni...ketawa kak tirana sorang2..
Bila nak sambung ni? Tak sabar nak baca.
Fakhruzzaman ni masih solo lagikah sekarang?
*siul~siul*
kakak ceria, saya gembira bile boleh buat org ceria hehe.
toin2,
ehem.. rahsia.. :p
Makk aii...novel baru pulak dah..best best..cepat sambung!!.heheheh
eh tp yg kisah hantu tu..dah siap lum khairi? kasi la sambungan dia..x sabar nk tau..heheheheh
siti maisarah..nama cantik..pasti secantik orangnya..:)
fida,
cerita hantu masih dalam pembikinan, leh klik atas gmbr kat bwh utk baca update.
kadok,
siti maisarah mmg cun.. :)
Post a Comment