“Hmm... Nak kata gila tu takla... tapi sikit2 tu ada he he...”
“Apsal? Tak boleh?” Zaman kelihatan serius.
Apa kau betul-betul serius? Zuhri merenung tajam ke anak mata temannya. Seolah-olah seorang doktor menyuluh dan memeriksa kedudukan dan warna anak mata pesakitnya kalau-kalau pesakit itu mengidap sawan atau gila. Dia lalu menyeringai, “Lantak kau Man, hahaha.”
“Aku rasa aku akan jumpa dia lagi...” Zaman mengeluarkan dompetnya, “aku dapat rasa...”
Zuhri turut mengeluarkan dompetnya. Dia berbisik, “awek kaunter ni pun boleh tahan Man. He he.”
“Ya abang nak pergi mana?” Si gadis cantik tersenyum manis. Ada tahi lalat di hujung bibir sebelah kiri.
Zaman membalas dengan senyuman menggoda, “Shah Alam satu. Rawang satu.”
Gadis KTM berbaju biru di kaunter terus tangkas menekan-nekan mesin tiket. Beberapa saat, duit Zaman dan Zuhri masing-masing bertukar menjadi sekeping tiket komuter. Mereka lalu mencelahi tampang-tampang manusia yang bergegas-gegasan ke sana ke mari untuk ke pagar tiket automatik ke platform.
“Zaman sekarang… awek cun ada di mana-mana Man. Nak cari yang cantik luar dan dalam itu yang susahnya.” Zuhri mencucuk tiket dan melepas pagar automatik.
“Yap." Zaman senyum, "Ok lah jumpa besok.” Zaman dan Zuhri lalu mengambil haluan masing-masing. Destinasi mereka ada di tren di platform berbeza.
Platform tren ke Seremban (Platform 6) seperti biasa – orang ramai nak mampus. Macam-macam bau boleh dihidu. Bersesak-sesak untuk mendapatkan tren adalah perkara biasa bagi mereka. Maklumlah, murah.
Zaman berbaris menunggu tren, platform 5 (Shah Alam) masih belum sesak, hanya beberapa orang sedang berbaris. Sambil-sambil itu, matanya melilau mencari-cari apa yang dia cari. Mencari jodoh di situ bukan satu perkara yang gila, fikir Zaman. Ini namanya peluang di setiap kesempatan, kebarangkalian keberhasilan adalah tinggi.
Awek yang dicari, tiga orang lelaki Arab yang ditemui. Tiga orang lelaki berbulu dada di bukaan kemeja bawah leher itu melilau-lilau berpusing-pusing seperti kesesatan. Zaman kesian. Sesat di negara orang, sangat sukar kalau orang awam negara itu tidak peramah menunjuk jalan.
“Afwan, where are you going?” Zaman menegur salah seorang daripada mereka yang paling tenang. Lagi dua orang muka merah padam membebel dalam bahasa arab.
“Kajan... Kajan...” Mat Arab itu senyum pahit.
“Err… Kajang?” Zaman kontrol ketenangan (cool). Alamak, tren mana ek pergi Kajang? Ceh, aku pun tak tau konon nak tolong orang.
“Na’am… Yes.” Senyuman mat arab itu lebih berseri-seri.
Zaman pula senyum pahit. Platform mana pergi Kajang? Aduh! Dia memusingkan otaknya mencuba mengingati stesen-stesen di empat laluan komuter. Di platform 3 kah, 4 kah, 5 kah, atau 6 kah? Berputar-putar, dia kabur. Mengeluh. “Err… Afwan… Kajang, I am not sure. Sorry.” Suara Zaman kedengaran di dalam tekak, “but… It is not at this platform, you may look at another platform, okay?”
Lelaki Arab yang tenang menggaru kepala.
Dia ni paham ke tak ni? Zaman turut mahu menggaru kepala. Dia melihat dua orang arab yang lain terus mendengus-dengus seperti memarahi KTM Berhad kerana menulis papan tanda di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, bukan bahasa Arab. Mereka ingat ini negara nenek moyang mereka barangkali.
Hei, ini Malaysia tau, bukan Jeddah.
Tidakkah mereka tahu untuk sabar dan bertenang? Berkelakuan tidak bertamadun sebegitu boleh menyelesaikan masalah? Zaman menggeleng kepala. Boleh jadi keturunan nabi-nabi, boleh jadi keturunan... fir'aun.
“Kajang?” Satu suara halus kedengaran dari sebelah kirinya (lelaki-lelaki arab di sebelah kanan). “Platform 6 lah awak.”
Zaman berpaling melihat seorang gadis tersenyum manis. Gulp!
Dengan wajah yang tersenyum manis itu, gadis berkurung biru bunga besar2 dan bertudung biru muda itu mengisyaratkan Zaman agar memberitahu lelaki arab bertiga yang mulai berwajah gusar yang amat seperti kaki judi kalah judi.
“Err…” Zaman kembali kepada mat arab yg tenang, "akhii... platform six... sittah... over there."
"Sohih?... Sure?"
"Na'am... platform six to Kajang."
"Thank you... thank you..." Lelaki arab yang tenang itu lalu menyalami Zaman dengan ghairah. Dua rakannya yang baran buat tak tahu saja. Tak hairanlah fir'aun angkuh semacam.
Masakla korang nak naik tren sardin tu. Heh.
Dup dap dup dap. Zaman berpaling.
Gadis itu masih di situ, tersenyum. Semua manusia yang bersesak-sesak seperti di neraka jahanam (oh! neraka lebih panas daripada ni beribu kali ganda! ingat tu Zaman) hilang dari derianya...
Yang ada cuma si gadis yang jelita pada pandangannya.
(Aku nampak biasa aje, tapi bak kata orang... itulah cinta. Cantik itu subjektif, kan? Of course bini aku 10 kali ganda cantiknya he he he - Khairi)
"Err..." Zaman tergagap. Adrenalin memenuhi darah. Jantung pantas. Tekanan darahnya 200 mmHg. Mahu kata apa? Aduh Zaman, fikir-fikir... Jangan salah cakap nanti melepas... err... "Ahah, saya tahu tren tu pergi kajang... cuma lupa he he he." Zaman sengih-sengih.
Senyuman gadis menipis, berpaling ke lain.
Alamak... apa aku cakap ni? Zaman berpeluh. Come on Zaman, you can do it.
Zaman menarik nafas panjang, bau ketiak bangla yang pahit ada terhidu sikit-sikit, dia menghembus cepat-cepat. Berikan ketenangan ya Tuhan. "Oh ya... Maaf last week terlanggar awak... dekat lif."
Mata gadis membulat memandang Zaman. "Jadi, itu... awak?"
Cantik. Zaman angguk kecil... Mak, aku jatuh cinta.
bersambung...
p/s: cuti senin je. tp senin tu kete eksiden. kete teruk, tp org ok. masuk bengkel, mau sebulan kot. so semalam naik bas (sani ekspress). nak clear report, claims, bengkel, ulat, tiga hari baru setel.
Mek akan sedih
3 hours ago

6 comments:
masih soalan yang sama:
Fakhruzzaman ni masih solo lagikah sekarang?
*siul~siul*
alhamdulillah, awak ngn ja selamat...
syahza,
masih jawapan sama... :p
Kay,
kete tu, abah ngn mak je naik. sian tgk wira itam tu. remuk redam.
owhh...paham perasaan tu..sy pernah kene..dengan hati sy sekali remuk..huhuh
apa pun syukur, ja takde di tempat kejadian..dan syukur juga awk n mak ayah semua selamat..
ada hikmah semua ni khairi..dun wori...
kawan baik sy pun eksiden kat jeli wiken lepas..teruk gak kene dia orang langgar belakang..time dia nk balik kelantan..sedih dia..dah la kete baru..
haha..nae bus ade jumpe awek comel x??
Iyllienaz,
Jumpe tu sungguh ramai, tapi nak tegur nanti disalah sangka.
Alangkah best kalau saya boleh tegur dan sembang ngn semua orang atas bas tu. :p
Cerita kwn saya dari US, "They say Hi for all people they don't even know."
Inilah sebenarnya yang Nabi ajar, tp kita tak buat, omputeh buat.
Post a Comment