Menilik Zaman, si gadis menyepetkan matanya, sebentar kemudian membulat pula. "Jadi, itu... awak?"
Zaman angguk kecil... Cantik. Mak, aku jatuh cinta.
***
“Ya saya.” Zaman semakin yakin menguasai diri. Berlagak selamba agar dirinya kelihatan jantan yang cool. “Oh ya, saya Zaman, awak?”
Gadis senyum nipis. “Siti.”
“Ooo… okey hehehe.” Siti? Siti Nurhaliza? Ah, gadis cantik selalunya bersikap dingin tanda jual mahal. Atau dia sudah berpunya?
Zaman mendiamkan diri apabila merasai umpan tidak dimakan. Hasrat cintanya surut andar.
“Tong... Tongg... Tonggg...” Pengumuman bergema di pembesar suara. “Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba dalam masa 10 minit. Sila beratur di garisan biru. Biru ye, bukan merah. Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk. Terima kasih.”
10 minit? Zaman melihat jam. 6.45 petang... + 10 + 35, ah, terlepas sin Chan.
Seminit berlalu.
Dua minit berlalu.
Tiga minit berlalu.
Emp-
“Oh ya... hari tu kenapa? Terburu-buru sangat sampai terlanggar orang?”
Tersentak kecil Zaman. Huh?Dia bercakap dengan aku?
Bagai lilin sebentar tadi padam tiba-tiba kembali menyala, Zaman kembali bersemangat. Zaman senyum kecil walhal di dalam hati dia melompat-lompat gembira. Tenang Zaman. Cool Zaman. “Err... saya lewat kerja… kalut sikit. Harap buku awak yang jatuh tu takde apa-apa… err… I mean terlipat ke, terkoyak ke.”
“Hihihi… nasib buku saya jatuh. Kalau saya jatuh?”
Yahoo!! “Oh, itu saya tak tahu hehehe.” Zaman ketawa agak-agak. Berharap ketawanya menawan. “Anyway, kerja sini ke?”
“Aah.” Siti menjenguk jauh ke kanan. “Oh, tren dah sampai.”
Kelihatan tren tua badan biru kepala kuning terhegeh-hegeh masuk ke platform. Lampu di kepalanya terang benderang hatta kuman seberang laut pun nampak.
Tren dah sampai tapi… Apasal kau tak dibatalkan hari ni? Time aku lewat kerja batallah, jemlah, rosaklah. Hishhh! Memang tak boleh tengok orang senang. Zaman, sebaliknya, mendengus.
Sesungguhnya seorang gadis boleh membuat seorang lelaki menjadi gila. Seperti Zaman.
Tren merapat. Orang ramai menghimpit-himpit nak masuk. Bukankah pembesar suara sudah beritahu, 'Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk?'
“Awak... ini kad saya.” Zaman menghulurkan kad kepada Siti di celah-celah orang ramai yang berhimpit-himpit. Orang terlampau ramai tersumbat di pintu komuter.
Zaman merasa kad bersambut. Yes!
Siti tertolak ke dalam ke sebelah kiri gerabak. Zaman pula sangka Siti ke sebelah kanan, jadi dia mati-matian berhimpit ke sebelah kanan. Ketiak bangla yang hangit tidak menjadi kudis lagi. Asak dia mengasak tapi... hampa betul Zaman bila Siti tak pula dijumpai. Rupa-rupanya baju kurung biru yang disangka kelibat Siti itu adalah baju seorang makcik. Zaman tepuk dahi. Nasib... nasib.
Sebulan berlalu. Siti tidak menghubungi Zaman. Siti juga tidak lagi dijumpai. Puas Zaman melangut di platform 5, tiap-tiap hari, kadang-kadang sampai maghrib, kelibat tudung Siti pun tidak nampak. Zaman putus asa.
***
Di Rawang. Seminggu selepas itu... I mean, selepas Zaman putus asa.
“Kerana putus asa kau pindah ke Rawang ni duk ngan aku Man?” Zuhri sengih sambil mengunyah kuaci. “Ke kau nak edar bussiness kad kau kat platform 4 plak hehehe.”
“Hish! Kan aku dah cakap aku pindah ke sini sebab housemate aku kawin.” Zaman meradang.
Sudah seminggu Zaman berpindah dari Shah Alam ke Rawang. Ahli rumah sewa Zuhri bertambah dari dua kepada tiga.
“Cun juga Nurul Syuhada Nurul Ain ni.” Zuhri tertancap matanya ke kaca tivi. Pengacara majalah tiga itu sedang beraksi. “Apa kata kau ngorat dia Man.” Zuhri sengih lagi.
Zaman diam. Meluat.
“Okey... okey,” Zuhri membaca mood Zaman yang sudah down. “Isnin nanti kita tunggu kat platform 5 tu sama-sama. Lagipun aku boleh keluar awal sikit. Kita jalan dari kiri ke kanan platform sampai jumpa. Amacam?”
“Aku rasa dia dah kawin ler.”
“Ceh.”
“Persiapan kau amacam?”
“Okey. Berjalan lancar. Minggu depan cari cincin.”
“Best la kau.” Suara Zaman datar.
Zuhri menjeling Zaman. “Come on la kawan. Kat Malaysia berapa banyak Siti ada. Apatah lagi Nurul, Nur, Wan Nur, Nik, Dang. Rilek la beb. Kau baru 29, belum tiga puluh. Heh.”
“Aku rilek. Mak aku membebel.”
“Ooo… Patutlah kau tak balik kampung weekend ni, kau takut mak kau heret kau ke rumah si Peah ek hahaha.” Zuhri gelak. “Eh, buatnya Siti Komuter tu Siti Maisarah. Melepas kau tolak calon mak kau Zam.”
“Banyak la siti kau.”
Hp Zaman tiba-tiba berbunyi.
Zaman menyeluk poket dan mengeluarkan telefon Sony C902 kepunyaannya. Nombor tidak dikenali tertera. Zaman tersenyum... Fuh... Fuh... minta-minta Siti Komuter... Panjang umur kau Siti.
"Hello." Zaman Jawab.
"Hello. Assalamualaikum." Suara gadis. Lembut.
"Waalaikummussalam. Sapa ni?" Zaman berdebar. Menjauhi Zuhri, beredar masuk bilik.
"Err... ni Zaman ke?"
"A'ah, Zaman sini." Semakin berdebar, Zaman duduk di birai katil bujangnya. "Sapa ni?"
"Huhu... tak cam suara sayeee kee?" Si gadis gelak besar.
"Errk... tak cam la. Bagitahu la sapee." Zaman senyum simpul.
"Ooo... mentang-mentang ko keje KL Zaman ko dah tak kenal aku yee. Ko bila nak balik kampung?"
Huh? Senyum simpul Zaman mati. Suara yang macam ini aku kenal... Aku kenal sangat... Mengeluh Zaman mengeluh. Ingatkan Siti Komuter, tapi rupa-rupanya... Siti Saffiah... Pe'ah! Tapi...
"Mana dapat nombor aku?" Zaman berkerut.
"Heh... ada la." Suara Pe'ah menggambarkan dia sedang tersenyum.
Pe'ah tak menjawab soalan. Lantak dia la mana dapat, Zaman mendengus. "Lama tak jumpa ko Pe'ah, keja mana sekarang?"
"Aku keje KL jugak tau. Tu la kau, langsung tak kontek aku. Mentangla keje dah best."
"Ish, mcm mana nak kontek nombor takde."
"Ha... Raya lepas lupa nak ambik nombor kau. Err... kau betul nak tau mana aku dapat nombor kau?"
"Ye lah."
"Aku jumpa atas meja rumah sewa aku ni. hahaha." Pe'ah gelak lagi. Mengingatkan Zaman ketika dia terjatuh ke dalam parit berlumpur kerana mengelak kubota Pe'ah. Pe'ah gelak sakan sampai keluar air mata. "Aku tilik-tilik kad nama atas meja tu, aku nampak nama kau, takut-takut orang lain, aku try la call. Bila aku dengar suara kau... huh, confirm, kau Zaman."
"Tapi... macam mana kad nama aku ada atas meja rumah kau?" Zaman teringatkan siti komuter.
"Itulah... aku tanya member aku... hmm..." Pe'ah diam kejap, "hmm... dia cakap..."
Pe'ah diam lagi. Zaman tak sabar. "Dia cakap apa?"
"Dia cakap adik aku dapat. Aku tanya adik aku, dia cakap dia dapat kat kl central."
Haaa? Zaman melompat. Teringatkan Mak dia. Teringatkan pokok gajus.
"Adik aku cakap mamat tu kiut... bila aku tahu nombor ni nombor kau... aku rasa nak muntah hahaha... Apa ke rabun adik aku tuh.. aku-"
"Teettt... teetttt... teetttt..." Peah menilik telefon tangannya. Putus? Bertuah punya kawan! Pe'ah merengus... Balik kg nanti aku langgar kau lagi.
Zaman berlari-berlari keluar bilik mahu mencium Zuhri...
Zuhri mengelak... "Zaman! Kau gila ke?"
"Betul kata kau Zuhri... Siti komuter adalah Siti Maisarah! Mak... aku nak kawin!"
Zaman mendail nombor maknya. Tamat.
p/s: Syahza... Zaman dan Siti (dua2 bukan nama sebenar) dah kawin, dah ada anak dah pun aku rasa anak diorang dah nak masuk 3 kot. Aku tak kenal Zaman, dia kawan pada kawan aku. Cerita ni kawan aku cerita kat aku... peace :p
Kem Smart Hafiz
2 days ago
3 comments:
ekekekeeke... dh agak dh!
tp, suka laa... sweet!
sapa yang sweet? penulisnya kah?
ekekeke...
aku baru nk tny buat kali ke3, dh ko jwb siap2..
ok next story..
make sure citer org bujang saja yer..
*uwek*
Post a Comment