Semua orang mahu gembira, itu budak kelas satu pun tahu.
Benar semua orang tahu, tetapi tidak ramai yang sedar. Sehingga menyimpan angan-angan segunung, apabila tidak tercapai mulalah keluh kesah.
Ada dua pertimbangan utama untuk mencapai ketenangan di dalam hidup. Realiti dan hati.
Realiti dan hati ibarat suhu dan termometer, ibarat kayu dan pembaris, ibarat tekanan udara dan tolok tekanan. Realiti adalah parameter, hati adalah tolok atau pengukur.
Akan tetapi hati bukan sestandard pembaris kerana pembaris skalanya tetap sedangkan hati skalanya berubah-ubah. (Qalb = hati = yang berbolak-balik)
Maka sesetengah manusia keluar berkhalwat atau sedap kata bertapa. Ini saya definisikan sebagai proses 'calibration' kalau untuk alat-alat mesin. Reset. Iaitu mengosongkan realiti dan ketika itu melihat jauh ke dalam hati bagaimana keadaannya, bagaimana skala bacaannya, bagaimana ketepatannya dan sejauh mana hati itu telah terpesong ukurannya terhadap realiti.
Ketika sepi dan kosong itu, tengok apa ada dalam hati. Adakah benci? Rimas? Keluh kesah? Tak puas hati dengan orang itu orang ini hingga teringat-ingat? kata-kata kurang ajar 'musuh' di ofis terngiang-ngiang? Maka ini semua adalah karat-karat, titik-titik hitam, atau 'error' yang ada dalam hati. Seperti tolok hujan memberikan bacaan walaupun hari panas benderang. Jadi, untuk calibration, benda-benda ini semua kena buang daripada hati kita. Meditasi.
Di dalam hidup untuk kita menikmati rahmat Tuhan, kita mahu gembira iaitu senang, selesa, senyum dan puas hati. Kegembiraan terhasil apabila hati mengesan/mengukur realiti-realiti yang menyenangkan. Kemewahan, kemuliaan diri, diberi hadiah/bunga, dapat puji-pujian, kasih-sayang Tuhan, keimanan, bonus tahunan luar biasa, cinta berbalas, dihargai, dan sebagainya. Kesedihan pula terhasil apabila hati mengesan/mengukur perkara-perkara sebaliknya. Maka di sini, apabila realiti tidak selari dengan kehendak/piawaian hati, ada dua perkara yang boleh diubah untuk menukarkan kesedihan menjadi kegembiraan. Ramai orang cuma nampak untuk merubah realiti sebab dia rasa hati dia memang cun, tepat, dan jitu. Jadi yang salah hanya realiti iaitu rakan-rakan, isteri, cuaca, nyamuk, setan, pegawai Bank Islam, YB-YB, Tuhan*, dan sebagainya.
(Allah tidak termasuk perkara 'realiti' kerana 'realiti' adalah ciptaan, Tuhan di sini adalah 'persepsi' individu terhadap Tuhan itu)
Apabila termometer itu menunjukkan bacaan suhu yang tunggang langgang (air pada suhu bilik dibacanya 70 darjah Farenheit), termometer itu sebenarnya yang salah dan perlukan 'calibration'.
Maka ber'calibration'lah. Bermeditasilah.
Terimalah realiti seadanya. Usah terlalu degil untuk merubah realiti menjadi apa yang kita nak. Carilah titik pertemuan yang terbaik antara realiti dan kehendak hati. Kerana untuk mengecap ketenangan sejati itu, hati mesti bebas dari realiti dunia. Hati yang bebas dari realiti dunia, bacaannya tepat dan tangannya akan melakukan kerja-kerja yang mulia.
Untuk orang biasa macam saya, meditasi atau calibration tadi tidak perlu ke gua atau gunung, cukup dengan solat dan berfikir.
InsyaAllah, apabila skala hati betul, kita dapat 'rasa' kesannya.
Mek akan sedih
3 hours ago

3 comments:
Apabila seorang engineer menulis..hehehe..puas nak memahamkannya..kena baca berulang kali..lembab betul otak kak tirana tapi kak tirana suka tulisan yang begini...
Ayat engineer hehe.
Thanks kak, saya pun selalu baca blog kak tirana cuma komen je jrg2 :)
keep up good works kak.
Tinta yang menarik...
Tahniah!!!! :-)
Post a Comment