Friday, October 30, 2009

Panduan menulis novel yang sedap dibaca


Orang kata tak sedar diri. Tapi ada saya kesah? haha.

Ya, ya, saya baru menulis sebiji buku yang belum habis dijual pun. Tapi tak ada pula rasa janggal atau malu untuk saya menulis tips-tips "Panduan menulis novel yang sedap dibaca."

Sebenarnya, tips-tips yang ditulis oleh seorang pembaca boleh jadi lebih baik daripada seorang penulis. Tetapi mungkin pembaca itu segan atau tidak cekatan menulis buat dia kehabisan nahu untuk menjelaskan maksud nuraninya yang secara jahatnya berbunyi, "beb, novel hang tak sedap la beb. sorry la ek. Hang patut tulih camni..."

Jadi saya cuba untuk memandai di sini untuk menjelaskan bagaimanakah sebenarnya cara atau panduan atau langkah terbaik untuk menghasilkan sebuah novel yang, secara puratanya, sedap dibaca.

Layankan aje...

1) Tips asas perlu didahulukan. Maka tips pertama untuk menulis novel dengan baik adalah gunakan kesepuluh-sepuluh jari semasa menaip (apa punya tips haha). Ya, betul. Perlu diingat selalu bahawa otak kite tidak selemah pentium duo core 2 2.5 gig/s itu, kerana otak adalah sebiji mukjizat yang cukup besar. Bayangkan isi-isi idea yang keluar sepantas 20000 gig/s ditaip oleh dua jari telunjuk? Letih ok Kapal Titanic guna enjin bot diesel pom pom pom.


2) Stick to the point! atau dalam bahasa Melayu - Tumpu pada tajukJangan duk melalut ke lain. Kadang idea terlampau banyak sampaikan semasa menaip slow tu, muka jadi kemerahan menahan idea yang membuak-buak mahu keluar seperti tahan berak time jamban tak ada (pengalaman beb ;p). Berapa banyak idea pun yang ada, pilih idea-idea yang relevan dengan topik sahaja. Kalau nak cerita pasal Jack dan Betti bercinta dalam lokap, jangan pula terbabas sampai cerita pasal pokok pisang Jack, kucing Betti mati, aliran trafik di Pudu Raya yang takde kaitan langsung dengan cinta Jack dan Betti dalam lokap.


"Jack kesunyian dalam lokap, dia lalu teringatkan pokok pisangnya yang pasti turut kesepian. Pokok pisang itu pemberian bapa tiri jirannya oh..." Please forget it.


4) Kesinambungan dari plot ke plot seterusnya. Tiada masalah kalau penulis stick to the point, plot sungguh tidak akan lari. Tetapi menjadi masalah apabila penulis memerlukan perenggan flash-back atau informasi di dalam naratifnya. Jadi, sempadan antara dua plot mesti jelas. Jangan pula ralit-ralit kita baca pasal kejadian bunuh, lapor polis, jumpa pisau berlumuran darah kemudian rupa-rupanya hero sedang berkhayal dalam jamban semata, ingatkan betul-betul. 


3) Pandai olah emosi pembaca. Jangan tulis terlalu serius, jangan terlalu santai, jangan asyik gelak HA HA HA, jangan terlalu lucah, pendek kata jangan keterlaluanlah. Sedap-sedap saja elemen-elemen tersebut. Novel yang baik adalah novel yang seimbang dengan unsur lawaknya, saspensnya, sedihnya, dan bahagianya. Novel yang terlalu serius bukan sebuah novel tetapi layak untuk diklasifikasikan sebagai buku non-fiction, buku ilmiah atau buku akaun bank ;p.


Cuba untuk renggut jantung pembaca dengan melakar kisah ceria dan manis sebelum tiba-tiba melanggar perenggan ceria itu dengan tragedi sedih.


5) Untuk menerbitkan wap-wap emosi ke dalam diri pembaca, pemilihan kata perlu sesuai dengan genre emosi itu. Agar suasana sedih benar-benar sedih, suasana kelakar benar-benar kelakar, dan suasana berat benar-benar berat. Kalau nak buat plot lawak, gunakan perkataan santai atau bombastik. Time serius, gunakan term-term serious, informatif, skema dan ikut standard.


6) Imaginasi. Di muka buku itu perkataan. Di dalam kepala pembaca perkataan itu membentuk imaginasi :-

  • Serlahkan keperibadian watak. Fizikal, tutur kata, mimik wajah, perangai, dan sebagainya perlu diserlahkah secara penuh unik, yang mana semua ini membezakan antara watak-watak yang ada. Berikan bentuk imaginasi watak ini secara ringkas kepada pembaca mengambil sifat unik yang paling terserlah. Kurus, hitam, kerinting, pakai rantai besi sebesar jari, mata kedip-kedip, hidung kemek dsb.
  • Gunakan analogi mudah untuk menerangkan keadaan yang lebih kompleks. "Betti yang berbaju kurung memanjat tiang elektrik itu seperti beruk memanjat kelapa." "Di celah runtuhan bangunan yang baru dibom itu Jack menyelusup. Dia merangkak perlahan-lahan menghendap musuh di depan seperti singa menghendap rusa di Afrika."
  • Gunakan analogi untuk ukuran. Elakkan ukuran spesifik. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter 10cm. 10 cm sukar untuk dibentuk dlm kepala. Cari benda biasa yang berukuran 10cm. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter sebesar katon bulu tangkis/lengan/tin susu pekat manis hah macam2lah. Tahi hidung sebesar lalat. Makhluk asing sebesar gajah. Lubang hidungnya sebesar bola ping pong. Seluas lima biji padang bola. Sebanyak tujuh kolam olimpik. Setinggi flet 5 tingkat.
7) Jelaskan perasaan dalaman watak utama hero/heroin. Persoalan dalam fikiran. Perasaan tertentu seperti kesedihan, putus harapan, kekecewaan, atau kegementaran saat-saat saspens. Juga kelemahan hero/heroin seperti gugup, gelabah, penakut, fobia, dsb.

8) Persoalan dan jawapan. Dua perkara ini akan membuatkan novel yang dibaca sukar untuk diletak. Disinilah terletaknya keterujaan untuk membaca novel. Jangan semata harap novel dibaca sebab pembaca itu suka membaca, kesian dia berpeluh nak habiskan 2 muka surat. Maka di awal-awal bab, susun persoalan-persoalan yang mencanakkan sifat ingin tahu pembaca. Sesungguhnya sifat ingin tahu orang melayu amat raksasa. Orang kata jangan buat, benda itu yang dia nak buat. Orang kata jangan tengok, dia akan korek sampai dapat. Yang 'bulat' takde apa-apa, tapi kalau tutup sikit-sikit tu dia jenguk sampai nak putus urat leher. (ooppsss). Jadi, gunakan kelemahan-kelemahan ini. Cucuk angin orang kata. 


9) Nilai. "Buku apa ni tulis benda sampah!" Very hurting to hear this. Jadi, tulislah novel yang bernilai dari segi agama, moral, sosial, ekonomi dan sebagainya. Maka tulislah sesuatu dengan pengetahuan spesifik atau rujukan yang cukup.


10) Peram dan sunting. Manuskrip perlu disunting berkali-kali, semakin disunting, semakin ia menjurus ke arah kesempurnaan. Sebelum disunting, peramkan dahulu ia paling kurang seminggu. Agar kepala kembali neutral, segar, basah dan kembali gebu untuk menyunting manuskrip itu dengan sudut yang baharu dan 'hijau'.




P/S: Saya ahli jurutera, bukan ahli bahasa. Maka panduan ini adalah tips teknikal naratif, bukan tips kesusasteraan bahasa. Ia berdasarkan pengalaman serta analisis sendiri, nasihat rakan-rakan penulis, otai-otai dan carian internet.


5 comments:

Afida Anuar said... "

seketnye 57 markah...hehehe.

abes la nnti ramai orang buat novel...

Jard The Great said... "

hoho.. aku suka melalut.. jd tak sesuai tulis novel. hik hik hik.. =p

Khairi said... "

57 markah kire ok ler tu huhu. Pass, org kata.

Naim, manual betul2 dari fikiran sendiri :p

Fida, lagi ramai lagi bagus. Competitiveness makes perfect :)

Jard,

Ramai juga penulis novel melalut. sedap juge :)

melalut itu satu seni :p

naim isa said... "
This post has been removed by a blog administrator.
kerja keras adalah energi kita said... "

Lengkap sekali kajiannya. Bermanfaat buat saya yang hobi menulis, jadi ada panduan. :)

Recent comments

Sudut Karya Tukang Post


1. [Bintang-bintang ke Syurga]


Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punyai apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punyai segala-galanya? Atau anak miskin layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu apa maknanya sekufu?

A love story come with great motivation values. This novel was published in July 2009 by Jemari Seni Publishing. ~ Xarine




2. [Alexander Al-Mansuri]


Siapakah Alexander Al-Mansuri?


Novel ini adalah percubaan pertama saya menulis kisah thriller saspens.
Kisah bermula dengan misteri pembunuhan keluarga Iskandar, satu persatu konflik timbul sehingga membawa Azmi, Zamsari, Riduan dan Amsyar ke satu dunia gelap.
Ianya satu cabaran kepada fikiran, namun untuk terus hidup, mereka harus percaya!


"...dah baca selai..nak baca 2 helai..kesudahan nya sampai le 83 helai..so u know what i mean.." - Eni.

"penulis taknak sambung ke cite ni hah...best la...jarang ada cite fiksyen yang mengasyikkan dan real mcm ni" - Yaya.

"I love your novel." - Cousin.

"Citer ni lain dari yang lain." - Zafiqa.

You will not find the kind of writing of Bintang-bintang ke Syurga in this online novel. This is totally different genre! It was a huge challenge to finish this manuscript. ~ Xarine




3. [Kisah Maisara]


Maisara adalah kisah silam yang menghantui Lokman untuk menentukan masa depannya. Apatah lagi wajah Arief sangat mirip dengan Maisara, ibunya.

Kampung itu yang penuh najis dengki, dendam, khianat dan perbalahan telah membunuh Maisara.
Dan kini Lokman perlu membawa Arief kembali ke kampung itu? Itu satu perkara gila yang perlu dia lakukan.

This current work is updated weekly. Reviewed and rewriten will be seen frequently. There are off-record stories for online readers. ~ Xarine.