Loading...
MENARIK HARI INI

Berhati-hati dengan hadis palsu, cerita palsu tentang sufi dan wali supaya Islam tidak kelihatan lucu dan tak logik. [
Read more]

Friday, July 10, 2009

Default label...

Di jalan raya...

"Cis! Bodoh punya kereta, potong orang main ikut sedap saja! Ni mesti bangang ni!"

Di kaki jalan...

"Hish, jalan tak nampak orang buta ke?" Dengus dalam hati tatkala dilanggar seseorang yang kalut.

Di mana-mana...

"Apa la mamat tu, bodohnya!"

***

Kat atas tu semua NEGATIVE VISIONS. Iaitu;

Orang bawak kereta secara berbahaya di jalan raya itu bangang kecuali dia membuktikan dia sebenarnya punyai alasan seperti tidak sengaja, tidak nampak, ada kecemasan, orang tua kurang perhatian dsb.

Orang terlanggar kita di kaki jalan itu memang 'buta' tak reti jalan elok-elok kecuali dia membuktikan dia sebenarnya resah, ada masalah besar, betul-betul tidak nampak, sudah lewat kerja dsb.

Semua orang yang punyai pendapat berbeza dengan kita bodoh kecuali orang itu membuktikan bahawa mereka tahu, kita yang sebenarnya tidak tahu.

Semua orang salah kecuali dia buktikan dia betul.

Benci semua orang kecuali dia buat kita suka dia.

Lelaki semua penipu kecuali dia rapat dan buktikan kat kita dia baik takde tipu-tipu.

Semua pelacur jahat kecuali kita kenal latar belakangnya dan sebab musabab dia jadi begitu.

***

Pertama kali kita punyai tanggapan negatif terhadap orang mungkin kerana diri sendiri yang sedang dilanda masalah, awas, jangan sampai jadi tabiat.

Bila jadi tabiat, label ini akan jadi "default". Negatif label terhadap orang lain jadi default/normal.

***

Default - This switch must always ON unless otherwise stated.

***

Saya duduk di satu bangku hospital. Masuk dua orang kanak-kanak ke ruang menunggu itu dengan bising sekali berlari-lari tak kenal tempat. Ini hospital dik, saya mulai tidak selesa. Lepas tu plak, dua orang budak tu nakal yang amat kacau anak orang lain sampai menangis. Menyirap juga melihatkan senario itu. Ayahnya yang duduk di sebelah saya buat dek saja. Apa punya bapak! tak reti jaga anak! Ajar la anak tu sikit. Lalu saya sound dia baik-baik, sebab saya filter kata-kata hati saya tadi baik punya.

"Encik... anak-anak encik tu bising sangatlah ini hospital."
Sengallah kau, dalam hati.

"Oh..." mukanya yang berpaling ke arah saya sugul. "Minta maaf encik... taman permainan kat luar sana panas, mereka berdua... baru kehilangan ibu mereka," lelaki itu mulai menangis, menyembunyikan tangisan daripada anak-anaknya, "saya tidak tahu bagaimana nak cakap dekat mereka, kalau saya larang mereka bermain pasti mereka akan marah saya dan cari ibu mereka... ketika itu, bagaimana saya nak jawab... isk."

Saya pegun.

Andai dia tidak, ketika itu, membuktikan alasannya itu, maka saya akan balik daripada hospital itu dengan melabelnya: Bapak bangang!

p/s: xpernah berlaku, contoh semata.

***

Positive visions: [more about positive vision]

Di jalan raya...

Pemandu berbahaya itu 'tidak sengaja' atau di dalam kecemasan kecualilah kalau memang dia selepas itu keluar dan ketawa macam setan sambil berkata, "Ha ha ha, tadi memang aku cilok ko baik punya so that ko hormat aku sikit!"

Selagi dia tak cakap cam tu, jadi janganlah mendoakan dia dengan ucapan keji seperti bangang, beruk, babi, atau jari tengah.

Sedih betullah aku, selalu kena peringat rakan-rakan yang memandu jgn 'ringan mulut' keji orang sebab kita sebenarnya tak tahu keadaan di dalam kereta orang lain tu bagaimana.

Di kaki jalan...

Yang tidak sengaja itu betul-betul tidak sengaja bukan hasil daripada pengabaian kewujudan kita di situ. Dia tidak meminta maaf adalah kerana dia lupa. Dia yang terlanggar kita itu memang betul-betul bedebah seandainya lepas terlanggar kita tu dia cakap, "woi ko buat apa kat sini halang jalan orang, buta ke?" padahal dia langgar kita, wth?

Kita jangan jadi bedebah macam dia, tekel orang macam ni dengan hikmah dan baik. Buat donno je pun ok.

Di mana-mana...

Semua manusia adalah baik, kecuali terbukti depan mata dia memang jahat, penipu, kerek, dsb.

Pendapat yang menyalahi kita itu sebab kita tak tahu bukan sebab mamat tu bodoh. Kalau benda itu kita tahu, maka yang kita tidak tahu ialah mamat tersebut, bukan? Kenali dia, cintai dia.

Kita sayang semua orang kecuali orang itu buat kita benci dia.

Semua orang baik kecuali orang itu buktikan dia sebenarnya jahat.

Di saat anda membaca secebis kata saya yang bernilai dua puluh sen ini anda sudah tahu... tapi bila kat luar sana... sebenarnya ramai yang lupa... termasuk saya sendiri... hmm...

p/s: maaf atas perkataan kasar yg terpaksa dizahirkan jelas.

Recent Comments